Sokongan Padu Kerajaan Negeri Johor JSLC

Program ini yang dimulakan pada tahun 2010 telah mendapat sokongan dan bantuan daripada kerajaan negeri Johor dan Iskandar Regional Development Authority (IRDA). Bermula tahun 2015, kerajaan negeri Johor sentiasa prihatin dalam aspirasi pembentukan pemimpin muda ini dengan memberi bantuan melalui agensinya seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan pejabat-pejabat ahli parlimen dan ADUN Johor. Bantuan ini digunakan sepenuhnya untuk latihan kepimpinan dalam negeri dan luar negara sebagai sebahagian daripada modul latihan kepimpinan JSLC.

Bantuan juga disalurkan kepada JSLC menerusi IKLAS. Setiap tahun, JSLC menjalinkan kerjasama dengan IKLAS dalam melatih ahli baharu dan bantuan diberi dalam bentuk kepakaran, idea dan fasiliti tempat latihan. Kerjasama pada tahun 2018 diteruskan dengan menjemput wakil IKLAS sebagai salah seorang panel pemilih ahli JSLC Kohort 9. IKLAS juga memberi peluang untuk membimbing mereka mendapatkan latihan tambahan kepemimpinan seperti komunikasi berkesan yang dibuat khas untuk kumpulan pemimpin muda ini.

Berkaitan